Tuesday 1 March 2016

Kantin Bersih, Sihat dan Selamat


   Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah merupakan satu program yang dapat membantu memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah terutamanya para pelajar agar menghargai dan mengetahui fungsi kantin sepenuhnya.
   Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkembang pengetahuan tentang fungsi kantin dan memanfaatkan kantin secara optimum kepada para pelajar. 
 Selain itu, warga sekolah dapat menunjukkan sikap kebersamaan dan kebertanggungjawaban terhadap salah satu kemudahan yang penting yang telah disediakan dalam usaha untuk menceria dan memelihara kebersihan, keselamatan dan keceriaannya. Warga sekolah juga dapat menjaga dan mengekalkan kebersihan serta kekemasan kantin sepanjang masa selain dapat mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
  Bertepatan dengan matlamat Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ iaitu bagi mewujudkan persekitaran kantin yang sihat, selamat dan pemakanan yang sihat serta kecekapan pengurusan kantin, kesedaran berkaitan kebersihan persekitaran kantin, menjaga aspek keselamatan semasa berada di kantin dan penyediaan makanan dan minuman yang sihat dan berkhasiat kepada warga sekolah terutamanya para pelajar adalah penting.
  Program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada pihak sekolah dan pengurusan kantin agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pengguna semasa berada di kantin.